Alam semulajadi memberitahu kita bahawa tujuan semua makluk hidup (termasuk manusia) melakukan seks adalah menghasilkan cucu-cicit yang baru supaya spesis tersebut dapat melanjutkan kewujudannya di dalam dunia ini. Maka kelakuan seks semulajadi ini adalah demi kewujudan hayat spesis berkenaan.
“Seks bersendirian” merupakan kelakuan DIY untuk memberangsangkan organ seks sendiri supaya ia mencapai kepuasan nafsu (kepentingan) sendiri sahaja. Maka kelakuan seks bersendirian adalah demi kepuasan nafsu sendiri dan tidak boleh menghasilkan cucu-cicit.
Kedua-dua kelakuan seks semulajadi dan kelakuan seks sendirian boleh menghasilkan kepuasan deria seks.
Apabila insan terdedah kepada bahan lucah (deria mata, deria telinga, karangan dsb), bahan syahwat yang terkandung dalamnya dapat memperangsangkan nafsu insan untuk meniru adegan-adegan yang dibayang-bayangkan dalam bahan yang tidak elok tersebut. Bagi insan yang muda, kebanyakan mereka akan menggunakan cara seks bersendirian untuk menyelesaikan desakan nafsu yang dibangkiti oleh bahan yang tidak elok itu. Oleh yang demikian, Perubahsuaian tingkahlaku Pavlov akan berlaku pada insan-insan muda ini (Sila rujuk Jadual 1):
Catatan:
Apabila kelakuan seks semulajadi insan bertukar menjadi sikap yang pentingkan diri-sendiri sahaja, usaha untuk mencapaikan kepuasan nafsu akan menjadi tujuan utamanya dan bukan lagi untuk menghasilkan cucu-ciciknya yang baru. Jika process perubahsuaian (3, 4) berlanjutan ke atas insan itu, sikap pentingkan diri-sendiri akan menjadi satu tabiatnya. Dan, akhirnya sikap yang pentingkan diri sendiri sahaja ini akan bercengkam secara beransur-ansur ke dalam proses membuat keputusan setiap hari insan itu.
BACK: Facts & Found RETURN: Main Menu