Shinken merupakan satu process pembelajaran yang berasaskan kebijaksanaan minda Timur. Pengalaman merupakan satu keputusan susulan daripada satu prosess pembelajaran.
Dalam sebutan Bahasa Jepun Hiragana, Shinken disebut sebagai "Shin-Ken". Shinken terdiri daripada 2 patah perkataan Kanji: Shin (minda) & Ken (pedang). Apabila kedua-dua Kanji ini digunakan bersama sendiri dan menjadi satu fasa, kata nama "Shin" akan menjadi kata kerja transitif ke atas objeknya "Ken", dan ia memberi maksud "Gunakan pedang dengan minda" atau "Gunakan pedang dengan penuh perhatian".
Tujuan Shinken ialah: Mengalami Minda Sendiri. Dengan melatih pedang dengan penuh perhatian, kita boleh memperhatikan perubahan tingkah-laku and perasaan badan and minda kita pada setiap pergerakan pedang. Apabila tahap minda tersebut dicapai, minda menjadi tenang. Ketenangan ini boleh mempertajamkan ketepatan keputusan kita.
Pengalaman Shinken menginsafkan Kebijaksanaan yang tersirat dalam Minda. Bagi peserta Shinken yang menghabiskan Homework Shinkendengan seikhlas hatinya dan menyertai Pengalaman Shinken dengan sepenuh usahanya, ia akan dijangka mempunyai kebolehan:
a. Untuk membuat keputusan yang waras di antara keperluan dan kehendak.
b. Untuk memelihara minda yang tenang semasa menangani godaan dan keadaan tertekan.
Kepada sesiapa yang berhasratkan sebidang minda yang tenang untuk berjaya dalam zaman yang bergelora ini, Pengalaman Shinken merupakan satu jalan yang boleh menajamkan ketepatan keputusan kamu. Sila bersinggah di sini supaya mendapat lebih maklumat untuk kamu.
Moga-moga kamu dapat mencari jawapan yang berada di dalam. Semoga berjaya!