Translate: English

“Ki-o-tsukete-kudasai”:Dari Pandangan “Ou-Tei-Nai-Kyo”


“気を付けて下さい” dibaca sebagai “Ki-o-tsukete-kudasai”. Ia sering diterjemahkan dengan maksud: “berhati-hati” atau “awas”. Di Jepun, ia merupakan satu cara untuk menunjukkan perasaan ramah-tamah kepada rakan-rakan dan orang yang disayangi.

Apabila frasa ini diterjemahkan secara harfiahnya, ia bermakan “Sila kaitkan ki (気)”. Menurut kamus kanji, 気 boleh ditulis dengan cara kanji yang lain yang berlambangkan “Api yang tidak dapat dikesani”. Api merupakan sejenis bentuk tenaga.

Menurut “黄帝内経” (dibaca sebagai Ou-tei-nai-kyo dalam Nihongo) , kita terima 気 daripada ibubapa kita. Dan, 気 disimpan dalam organ ginjal kita dalam bentuk tenaga hayat (精気) . Tenaga hayat memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi mustahak di dalam badan kita seperti:

  1. Otak (cecair otak)
  2. Penumbuh-besaran (tulang, inti tulang)
  3. Sistem immune
  4. Daya mendengar
  5. Daya melihat

Bila tenaga hayat dihabiskan, fungsi-fungsi tersebut di atas akan dipengaruhi.

Tenaga hayat boleh dikeluarkan daripada badan kita dalam bentuk cecair seksual yang terhasil semasa proses seksual untuk menghasilkan hayat baru. Selepas cecair seksual dikeluarkan, badan kita memerlukan masa untuk memulihkan tenaga hayat yang lesap.

Perhubungan di antara tenaga hayat dan badan adalah seperti tenage elektrik dan bateri telefon bimbit. Setiap kali kita caskan batteri (selepas process seksual), ia akan memendekkan jangka hayat bateri (hayat) itu. Jika kita mengeluarkan cecair seksual kita secara membazirnya (terutama tabiat melancap di golongan remaja), harga kepuasan deria ini adalah amat tinggi sebab kekurangan tenaga hayat (terutama remaja) bukan saja akan melambatkan malah akan menjejaskan fungsi normal otak, penumbuh-besaran, sistem immune, daya mendengar and melihat.

Saya rasa nenek-moyang yang memulakan kegunaan frasa “気を付けて下さい” ini adalah insan yang mulia dan berkebijaksanaan kerana mereka menasihatkan cucu-cicit mereka “Sila kaitkan Ki” untuk memastikan kesihatan dan otak mereka sihat dan cerdas. Maka gunakanlah cecair seksual kita dengan bijaksananya untuk mengelakkan kemerosotan kesihatan and otak kita yang awal.

May the force be with you! Cheers!

BACK: Facts & Found

RETURN: Main Menu
Copyright © 2009 Shinken Experience. All Rights Reserved.