Translate: English

Cahaya Mata Saya


Sebagai ayah kepada empat kanak-kanak ini merupakan satu pengalaman pembelajaran saya yang riang sekali.

Setiap cahaya mata dilahirkan dengan keunikan masing-masing.

Mereka mempunyai sikap ingin tahu yang ketara sekali dan sentiasa memerhatikan tingkahlaku kita. Mereka meniru tingkahlaku yang diperhatikan dan menunjukkan apa yang diperhatikan dengan cara-caranya yang tersendiri. Untuk mempengaruhi mereka, bagi saya, "Kata mesti dikotakan" dan "Memimpin melalui teladan" merupakan pendekatan yang berkesan sekali. Akan tetapi, TV, Wayang gambar dan internet tidak memerlukan pendekatan tersebut terhadap mereka. Jika saya kurang berprihatin, peranan saya boleh diganti oleh watak-watak yang dimainkan dalam program TV bersiri suka ramai.

Setiap situasi merupakan satu kesempatan keemasan untuk merapatkan hubungan kami.

Salah satu pengalaman saya ialah: Apabila kesalahan kita telah dikesani oleh anak kita, janganlah beri alasan atas kesalahan kita. Berjujurlah dengan diri sendiri dan akuilah kesalahan itu dengan berkata: "nak, kali ini ayah dah buat salah, ini bukan cara yang betul. Minta maaf" kemudian janganlan mengulangkan kesalahan yang sama lagi, kerana tingkahlaku kita sentiasa di bawah imbasan radar anak-anak kita :) Saya rasa cara ini lebih berkesan (dalam mempereratkan hubungan kami) dari memberi alasan yang berlebihan.

Cheers! Have a great day!

BACK: Facts & Found

RETURN: Main Menu
Copyright © Shinken Experience. All Rights Reserved.