Translate: English

Hutan dan Manusia


Keindahan yang dialami saya dalam hutan ialah sinergi di antara pokok besar dan pokok kecil.

Di dalam hutan terpelihara di Sandakan, saya ternampak dahan-dahan di antara pokok-pokok besar sentiasa terdapat celah-celah yang mencukupi untuk penembusan cahaya matahari sehingga ke permukaan tanah. Maka, walaupun adanya banyak pokok yang besar di dalam hutan, mereka jarang menghalang penembusan cahaya matahari untuk kegunaan pokok renik, rumput dan lalang yang bertumbuh di bawah pokok-pokok besar itu. Dengan adanya cahaya matahari yang mencukupi, pokok-pokok renik bertumbuh dengan baiknya. Oleh kerana pertumbuhan pokok renik and lalang yang sihat, permukaan tanah diperlihara dari ancaman hakisan tanah yang mungkin boleh disebabkan oleh hujan lebat and banjir.

Ini mengingatkan saya bahawa jurang kekayaan (perbezaan ketinggian tumbuhan) merupakan salah satu fakta yang biasa di dalam masyarakat (hutan) kita. Meskipun adanya perbezaan ketinggian, tumbuhan di dalam hutan belintara ini boleh tumbuh dengan memanfaatkan sesama sendiri tanpa mempengaruhi keseimbangan ekologi hutan. Bagi manusia, mereka telah menciptakan pelbagai sistem (theocracy, monarchy, imperialism, capitalism, socialism, communism dll) yang bertujuan untuk menyelesaikan perselisihan di antara manusia, pada hakikatnya, sistem tersebut kurang berkesan untuk menyelesaikan perselisihan manusia.

Saya percaya, kunci untuk menyelesaikan perselisihan di antara manusia secara berkesan bergantung ke kepada pemilihan cara pemikiran dan tingkahlaku yang dipeluk masing masing.

Di antara pokok besar dan pokok kecil, saya terasa sifat sudi berkongsi, bertolak ansur, berkesyukuran dan berketekunan. Sifat-sifat tersebut adalah bercanggah dengan sifat-sifat ketamakan, permusuhan, kebencian dan kemalasan. Kedua-dua jenis sifat ini akan memimpin kita menghala ke haluan yang berbeza.

BACK: Facts & Found

RETURN: Main Menu
Copyright © 2010 Shinken Experience. All Rights Reserved.