Semasa kendo keiko, aite adalah pelawan kita. Pelawan ini sering cuba dengan sedaya upaya untuk menyerang men (muka), kote (tangan), do (badan) and kadang kala tsuki (leher) kita. Dan, kita mempertahankan diri dan menyerang balik.
Dalam proses keiko, kita boleh lihat aite sebagai pelawan di dalam minda kita. Dengan menggunakan pengalaman dalam keiko, kita melawan pelawan ini sepanjang hayat kita ini. Pelawan saya yang pertama sekali ialah pelawan yang sering mendorong saya bangun lewat walaupun adanya deringan jam loceng yang lantang sekali. Walaupun saya berasa saya telah menyelesaikan pelawan ini, apabila saya tidak ambil perhatian, pelawan itu menyerang balik serta merta.
Keiko merupakan satu proses di mana kita melatih minda dan badan kita. Setiap perubahan dalam minda dan badan kita perlu diperhatikan, dipercubakan, diperlatihkan dan diperfahamkan dengan teliti agar kita boleh melaksanakan pengalaman ini ke dalam penghidupan harian kita. Dengan cara ini, kita boleh manfaat daripada keiko kendo dengan sepenuhnya.
Cheers! Have a great day!
BACK: Facts & Found RETURN: Main Menu