Translate: English

Kesenian Pembuang Sampah Di merata Tempat


Sikap membuang sampah di merata tempat merupakan satu kesenian. Ini adalah disebabkan prestasinya bergantung kepada kreativitinya.Daya kreativiti akan menarik perhatian orang dan ia juga boleh memberi kesan bagi orang lain dan diri sendiri.

Misalnya, untuk kemudahan diri sendiri, saya menggunakan daya kreatif saya untuk membuang sampah basi di merata tempat dengan sesuka hati saya. Maka, saya telah mengotorkan kawasan persekitaran saya. Daya kreatif saya mungkin akan menghasilkan kesan seperti di bawah:

  1. Sikap saya dikesani dan diberi amaran dan saman.
  2. Saya akan cubakan cara yang lebih kreatif lagi agar saya tidak dikesani lagi.
  3. Golongan insan yang tidak ambil peduli akan kebersihan akan terus tinggal di tempat berdekatan dengan saya.
  4. Golongan insan yang suka membuang sampah di merata tempat akan berpindah ke tempat berdekatan dengan saya.
  5. Golongan insan yang ambil berat akan kebersihan akan tinggalkan tempat yang berdekatan dengan saya.
  6. Jika sikap saya ini berterusan, golongan insan yang sudi membantu saya akan tinggalkan saya.

Lama-kelamanya, kawasan di sekeliling rumah saya akan menjadi tempat yang lebih kotor, lebih banyak pertengkaran, lebih banyak saling menyalah-salahan dan permusuhan, berserta dengan penguatkuasa yang lebih ketat dan tegas sekali.

Saya pernah dengar pepatah yang berbunyi sebegini: “tanam durian dapat durian, tanam manggis dapat manggis”. Implikasi pepatah ini bukan setakat hasilnya sahaja, malah ia menasihatkan kita supaya kita perlu jelas akan apakah sifat benih yang kita ingin tanam di dalam hati kita sebelum kita mencangkul tanah. Maka semasa kita menggunakan daya kreatif kita untuk mencangkul, fikirlah semasak-masaknya sifat bijih yang ingin kita tanamkan itu.

Cheers! Have a great day!

BACK: Facts & Found

RETURN: Main Menu
Copyright © 2009 Shinken Experience. All Rights Reserved.